Wednesday, June 10, 2009

DIALOG NABI NUH A.S. DENGAN SYAITAN

Menurut satu riwayat daripada Salim Abdullah r.a., sewaktu menaiki bahtera, Nabi Nuh a.s. ternampak seorang seorang tua yang tidak dikenali. Nabi Nuh kemudian bertanya: "Apakah yang menyebabkan engkau menaiki bahteraku?"
Syaitan: "Untuk menganggu sahabat-sahabat agar hati mereka ada padaku dan badan mereka ada padamu."
Nabi Nuh: "Keluarlah enkau dari sini,hai musuh ALLAH!".
Syaitan: "Ada lima perkara yang dapat aku binasakan manusia. Tetapi aku hendak ceritakan tiga perkara sahaja. Yang dua perkara lagi aku tidak mahu ceritakan padamu."

Maka ALLAH s.w.t. segera mengutuskan wahyu kepada Nabi Nuh a.s. bahawa tidak perlu baginya yang tiga perkara itu. Suruh sahaja syaitan menceritakan dua perkara itu. Maka Nabi Nuh a.s. meminta syaitan menceritakan yang dua perkara itu sahaja.

Syaitan: "Dengan dua perkara aku dapat membinasakan manusia iaitu sengki dan serakah. Dengan hasad dengki itu, aku telah dilaknat dan aku dijadikan syaitan yang terlontar. Dan dengan serakah dibolehkan bagi Adam Syurga semuanya,lalu aku mendapat keperluanku daripadanya maka dia dikeluarkan dari Syurga."

Maka hasad di sini ialah seseorang melihat nikmat seperti harta,pangkat,ilmu dan mengharap supaya nikmat itu hilang daripada orang itu dan berpindah kepadanya.

Maksud serakah pula ialah keras kemahuan dan melakukan apa saja untuk menuntutnya. Umpamanya serakah menuntut dunia hingga terlalai membuat segala kebajikan dan tidak mahu melepaskannya.


Tambahan: mlm td mimpi diri ini meninggal dunia. Saya tak tau apa maksud mimpi tu.Namun mimpi tersebut mengingatkan diri ini pada perkara yang dekat pada diri kita semua,iaitu...KEMATIAN...