Tuesday, May 3, 2011

Dunia...dunia...dunia...


Sememangnya sukar bagi kita untuk melepaskan dunia dari kehidupan kita.Atas sebab apa?Sebab kita hidup di dunia.Pabila kepala dah serabut dengan assignment and test,diri ini yg dah lama x dgr lagu kahwin,tiba2 dengar lagu kahwin.erk...perlukah?cerita about kahwin,sejak kebelakangan ni,ramai yang bercerita tentang kahwin.mung
kin ada peluang dapat makan nasi minyak dalam masa terdekat (muka mengharap)~Alhamdulillah,semakin ramai yang mendirikan rumah tangga.Daripada keluar tanpa ada hubungan yang sah,lebih baik kahwin kan?Haa...cakap about kahwin...siapa tahu kenapa dia nak kahwin?adakah sebab orang lain kahwin,kita pun kahwin?baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel about perkahwinan dalam islam.tiba-tiba berminat nak tahu.Saya share sikit je about pe yg artikel tu cerita about perkahwinan dalam islam.kalau nak tahu lebih lanjut,sila buka link ni ye "Perkahwinan Dalam Islam: "Jangan Tunggu Lama-Lama!"

Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.

Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul,
mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah perkahwinan.

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.

Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan men
jaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "

Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri ta
npa suami, ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga. Melalui perkahwinan juga, wanita mendapat teman hidup yang melaluinya diperolehi kasih-sayang dan ketenangan. Melalui perkahwinan juga, seks 'satu naluri manusia' terpenuhi dengan cara yang halal dan dari situ zuriat dilahirkan dan keturunan manusia berkembang biak. Jadi, rasa berdikari yang diperolehi dari gaji itu tidak sama dengan ketenteraman hati yang diperolehi dari perkahwinan seperti yang dijanjikan oleh Tuhan.

Sekarang,kita dah tahu kenapa Islam menyarankan kita untuk berkahwin.Buatlah pilihan yang bijak.Pilihlah pasangan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.Insyaallah...someone like 'Khalid Al-Walid' ataupun 'Rabiatul Adawiyah' dapat dibentuk di masa hadapan.Islam akan naik...itu sememangnya pasti.Tapi,adakah kita tergolong dalam kenaikan islam itu ataupun tidak,diri kita sendiri yang memilihnya.