Thursday, September 29, 2011

heart


I miss my heart...
my old heart...
that once was quite 'white'...
but somehow...
now,
it turns dark
too dark that i cannot see anything inside it...
too dark that i cannot sense anything from it...
too dark that i cannot feel whether it still alive...

Oh Allah...
help me...
guide me...
make me stronger in searching back my heart...
heart that seek You all the time...
heart that miss You all the time...
heart that love you all the time...

if I cannot repair this heart,
help me,
change this heart with a new one...
so that i can start learning to love You back....
like before...
Ameen...





I need to repair my heart

Monday, August 1, 2011

kepura-puraan

"Katakanlah (Muhammad),"Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?" (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."

(Al-Kahf: 103-104)

manusia...
kita menyangka kita gembira...
gembira dengan kehidupan kita...
kehidupan yang boleh kita toleransi antara akhirat dengan dunia.
sedangkan hakikatnya...
kita sedang bertoleransi dengan Allah...
meletakkan dunia di hadapan...
dan meletakkan akhirat kemudian...
berapakah nilai akhirat berbanding dunia?
50:50?
betul ke kita mampu menyeimbangkan dunia dan akhirat?
mampu ke?
manusia mula mencari alasan...
alasan apa?
alasan untuk menampakkan SEOLAH-OLAH kita dapat seimbang kedua-duanya...
seperti kita lupa akan kata-kata Allah,

‎"Sesungguhnya org2 yg ingkar kpd Allah dan rasul-rasul-Nya, dan bermaksud membeda-bedakan antara (keimanan kpd) Allah dan rasul-rasul-Nya, dgn mengatakan, "Kami beriman kpd sebagian dan kami mengingkari sebagian (yg lain)," serta bermaksud mengambil jln tengah (iman atau kafir), merekalah org2 kafir yg sebenarnya. Dan Kami sediakan utk org2 kafir itu azab yg menghinakan." (4:150-151)

manusia...
kita menyangka kebaikan yang kita lakukan sudah cukup...
cukup untuk menyelamatkan diri kita daripada memasuki neraka...
merasakan seolah-olah kebaikan kita...
cukup untuk melepaskan kita ke syurga.
apakah kita menyangka kita lebih hebat daripada Allah...
sehingga kita yang menentukan diri kita akan diletakkan di mana di sana kelak.
siapakah yang bertuankan siapa?

sedih...
sedih mengenangkan kita...
yang makin jauh,
jauh daripada Allah,
jauh daripada Islam,
jauh daripada diri kita yg sebenarnya.
sedangkan kita sedar setiap perkara yang kita lakukan...
kita cuba menutup jahiliyyah yang kita lakukan,
dengan hidup dalam kepura-puraan,
menunjukkan diri kita gembira dengan dunia,
tetapi jiwa kita meronta-ronta,
kerana kita cuba tutupi semua jahiliyyah yg kita lakukan,
tutup daripada manusia lain,
tutup daripada makhluk lain,
TETAPI...
kita lupa...
sehebat mana kita berlakon,
sehebat mana kita berlari,
sehebat mana kita berpura-pura,
kita TIDAK MUNGKIN dapat menutup jahiliyyah kita daripada Allah...
kita TIDAK MUNGKIN mampu berpura-pura depan Allah...
mungkin sekarang kita mampu berpura-pura,
TAPI...
di akhirat kelak?

teruskanlah berpura-pura...
jika neraka yang kita impikan...
teruskanlah usaha kita dalam menyediakan jalan ke sana.

namun,
jika bukan itu yang ingin kamu impikan...
marilah kita kembali...
kembali kepada-Nya...
semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna buat kita,
Ramadhan yang menjadi titik mula kita kembali kepada-Nya,
dan marilah kita mula sediakan jalan ke syurga...
InsyaAllah...
moga Allah pandu hati kita dalam mencari cinta-Nya...
hanya kepada-Nya...
tempat kita kembali.


Tuesday, June 21, 2011

Teaching Experience 1-4

Assalamualaikum...Alhamdulillah,dah masuk hari ke-4 TE.Banyak pengalaman berhadapan dengan pelajar2. Pergi ke sekolah untuk TE boleh dijadikan satu langkah ke arah dakwah di sekolah tersebut.Kalau last year pergi tanpa faham tujuan kehidupan,hanya focus dengan apa yg disarankan oleh pihak universiti.Insyaallah...kini faham...ada tugas yang perlu dilaksanakan.Apa dia? ABID dan KHALIFAH. Alhamdulillah...saya ditakdirkan Allah untuk mendapat seorang associate teacher yang sgt2 berminat dengan islam.

First day berada di sekolah tersebut dipenuhi dengan soalan2 berkaitan islam.about solat,pergaulan lelaki dan perempuan, pemakaian tudung, aurat dan macam2 lagi.mula2 takut juga sebab takut kekurangan dalam ilmu agama saya akan menyebabkan fitnah pada agama.Alhamdulillah...cikgu tersebut merasakan islam agama yang menarik.ok,mungkin saya kena usaha lebih sikit untuk menarik dia mengenali islam dengan lebih mendalam.

Saya merasakan pemakaian saya membuatkan cikgu2 di sekolah tersebut lebih menghormati saya.Saya tidak meletakkan apa2 barrier antara saya dengan mereka.Namun,pemakaian saya banyak MENYELAMATKAN diri saya daripada turut sama bersuka-ria dengan hiburan yg mereka anggap sebagai perkara terpenting dalam kehidupan mereka.

Insyaallah...journal akan disambung di kemudian hari.Selamat berTE!

Tuesday, May 3, 2011

Dunia...dunia...dunia...


Sememangnya sukar bagi kita untuk melepaskan dunia dari kehidupan kita.Atas sebab apa?Sebab kita hidup di dunia.Pabila kepala dah serabut dengan assignment and test,diri ini yg dah lama x dgr lagu kahwin,tiba2 dengar lagu kahwin.erk...perlukah?cerita about kahwin,sejak kebelakangan ni,ramai yang bercerita tentang kahwin.mung
kin ada peluang dapat makan nasi minyak dalam masa terdekat (muka mengharap)~Alhamdulillah,semakin ramai yang mendirikan rumah tangga.Daripada keluar tanpa ada hubungan yang sah,lebih baik kahwin kan?Haa...cakap about kahwin...siapa tahu kenapa dia nak kahwin?adakah sebab orang lain kahwin,kita pun kahwin?baru-baru ni saya ada terbaca satu artikel about perkahwinan dalam islam.tiba-tiba berminat nak tahu.Saya share sikit je about pe yg artikel tu cerita about perkahwinan dalam islam.kalau nak tahu lebih lanjut,sila buka link ni ye "Perkahwinan Dalam Islam: "Jangan Tunggu Lama-Lama!"

Islam adalah satu agama yang menganjurkan perkahwinan. Malah tiada agama tidak menganjurkan perkahwinan kerana perkahwinan adalah satu-satunya cara untuk membina keluarga dan mengembangbiakkan umat manusia.

Islam melihat perkahwinan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui perkahwinan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembangbiak (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul,
mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah perkahwinan.

Hadis-hadis Rasulullah s.a.w juga banyak sekali anjuran supaya umat Islam berkahwin. Sebagai contoh, hadis yang bermaksud, "Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku." Hadis ini menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu sunnah dan sebagai umat Muhammad, kita perlulah mengikuti sunnah Baginda.

Kemudian dikatakan pula bahawa perkahwinan itu sebahagian dari iman seperti dalam hadis berikut yang bermaksud, "Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan men
jaga separuh yang lain." Dalam menganalisa hadis ini, Imam al-Ghazali berpendapat, "dengan melangsungkan perkahwinan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan berkahwin akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "

Bagi wanita yang merasakan mereka boleh hidup sendiri ta
npa suami, ingatlah bahawa perkahwinan dalam Islam mempunyai banyak tujuan, bukan untuk mendapatkan tempat bergantung semata-mata. Melalui perkahwinan, bukan sahaja nafkah wanita ditanggung, tetapi keselamatannya juga terjaga. Melalui perkahwinan juga, wanita mendapat teman hidup yang melaluinya diperolehi kasih-sayang dan ketenangan. Melalui perkahwinan juga, seks 'satu naluri manusia' terpenuhi dengan cara yang halal dan dari situ zuriat dilahirkan dan keturunan manusia berkembang biak. Jadi, rasa berdikari yang diperolehi dari gaji itu tidak sama dengan ketenteraman hati yang diperolehi dari perkahwinan seperti yang dijanjikan oleh Tuhan.

Sekarang,kita dah tahu kenapa Islam menyarankan kita untuk berkahwin.Buatlah pilihan yang bijak.Pilihlah pasangan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah.Insyaallah...someone like 'Khalid Al-Walid' ataupun 'Rabiatul Adawiyah' dapat dibentuk di masa hadapan.Islam akan naik...itu sememangnya pasti.Tapi,adakah kita tergolong dalam kenaikan islam itu ataupun tidak,diri kita sendiri yang memilihnya.

Friday, April 15, 2011

Dunia vs Akhirat

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini berikan padamu,anggaplah ia sebenarnya satu ujian buat dirimu.

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini katakan padamu,anggaplah ia sebagai pendorong untuk melakukan yang lebih baik lagi.

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini sakitimu,sabarlah...kerana untuk mendapatkan akhirat itu,sukar.Ia memerlukan pengorbanan.

Sabarlah hati,apa yang kamu perolehi hari ini,belum tentu ia menggambarkan apa yang kamu akan perolehi di akhirat kelak.

Sungguh,assignments,tests,exam,love,family and semua yg dunia berikan,ia semua daripada Allah.terimalah ia dengan penuh rasa kesyukuran.walaupun kamu mungkin menghadapi masalah hati dalam menghadapi kurniaan ini,bersyukurlah kerana diberi peluang untuk menghadapi semua ini.Ia menjadikan kamu semakin kuat dalam menghadapi ujian kehidupan yang sekelumit saja.

Wahai hati,tenanglah.Kerana apa yang kamu perolehi,itulah yang terbaik buat dirimu.Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kamu.Bersabarlah,wahai hati.Kuatlah.Allahuakhbar!

Wednesday, April 6, 2011

cinta Allah

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, jagalah agar cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-MU
Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya terpaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta selain-Mu
Ya Allah, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hati-MU

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid di jalan-MU
Ya Allah,jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar aku tidak lalai merindukan syurga-MU

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-MU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat kepada-MU di sepertiga malam terakhir

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-MU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-MU

Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
terhimpun dalam cinta pada-MU
telah berjumpa untuk taat pada-MU, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah terpadu dalam membela syariat-MU.

Ya Allah, kukuhkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya,
tunjukilah jalan-jalannya,
penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-MU yang tiada pernah pudar
Lapangkanlah dada kami dengan limpahan keimanan kepada-MU
dan keindahan bertwakal di jalan-MU…



cited from muhammadilham
(sumber: myquran.com)

Monday, March 28, 2011

Sayonara jahiliah



Jahiliah?Apa itu jahiliah?pernah terbaca dalam buku sejarah dulu.tapi,adakah hanya itu saja maksud jahiliah?adakah bila kita membuang anak,minum arak,berzina,baru kita dikatakan seorang yang jahiliah?Maksud jahiliah sebenarnya lebih besar dari melakukan dosa besar. Jahil dari mengenal Allah, tuhan yang menciptakan Alam,itu juga adalah jahiliah.Bila kita dikatakan jahil?Adakah bila kita kata "Aku kenal Allah" bermakna kita tak jahil?Kita silap kalau kita berfikiran sebegitu.'Tahu' tak bermakna kita faham.Adakah kita faham dan melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah?Adakah kita tidak pernah menyukutukan Allah dengan apa-apap perkara sekalipun?

Saya juga tidak lari dari melakukan jahiliah.Jahiliah apa telah saya lakukan?Banyak sangat.Jahiliah yang terbesar...korea.Ya!Saya juga antara orang-orang yang sanggup membazir masanya untuk perkara-perkara yang melalaikan diri saya daripada Allah.Saya sering mengingatkan orang lain untuk tidak sekali-kali tidak menyekutukan Allah.Tapi,hakikatnya,saya tidak melaksanakan apa yang saya katakan.Astagfirullah...

'Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan)kebajikan,sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri,padahal kamu membaca Kitab (Taurat)?Tidakkah kamu mengerti?' (Al-Baqarah: 44)

Bagaimana cerita korea boleh menyebabkan saya menyekutukan Allah?Dengan menyebabkan saya melewatkan solat,kurang mengaji dan juga berzikir kepada Allah.Tanpa saya sedari,saya meletakkan priority pada jahiliah ini.seolah-olah jahiliah itu lebih penting daripada Allah.Astagfirullah...

Memang susah untuk melepaskan diri daripada jahiliah.Kita perlu mujahadah.Saya perlu mujahadah.Delete sikit-sikit,kurangkan sikit-sikit.Insyaallah,saya berdoa agar diri ini berjaya delete jahiliah2 tersebut.Semoga hati saya hanya dipenuhi dengan cinta kepada Allah.Insyaallah...mari berusaha.

Yosshhh!!!Mari kita mengejar cinta Allah!ayuh!!!

Saturday, March 26, 2011

cinta Allah, keampunan Allah

Diriwayatkan, pada zaman Rasulullah S.A.W., terdapat seorang wanita yang merupakan tawanan perang kehilangan anaknya.Buntu fikirannya untuk mencari anaknya itu.Dalam kerinduan kepada anaknya,setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tawanan tersebut, dia akan menimang kanak-kanak tersbut dan menyusukannya.

Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: "Adakah kalian fikir wanita itu sampai hati mencampakkan anaknya ke dalam api?"

"Tentu sekali tidak," jawab sahabat-sahabat serentak.Rasulullah menambah lagi, "demi Allah,sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya."

Daripada kisah di atas,kita dapat merasakan betapa cintanya Allah kepada hamba-Nya. Cuma kita,sebagai hamba-Nya yang mudah menyombongkan diri kita daripada berlumba-lumba mendapatkan cinta Allah.Kita sering melakukan dosa dan ego dalam memohon keampunan Allah.Lihat!Pada hakikatnya,kita sendiri yang sanggup mencampakkan diri kita ke dalam api neraka.

Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Namun,jangan jadikan perkara itu satu alasan untuk kita tidak berusaha mendekati Allah.Allah itu Maha Pengampun.Marilah bersangka baik pada Allah.Allah tidak pernah merasa bosan dalam menerima taubat hamba-hamba-Nya.Keampunan Allah itu sangat luas.



Anas ra. berkata,Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, Allah swt., berfirman,

"Wahai anak Adam selama engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, niscaya Aku ampuni segala dosamu yang telah lalu dan Aku tidak pedulikan lagi.

Wahai anak Adam jikalau dosamu membumbung setinggi langit lalu engkau minta ampunan-Ku,pasti engkau Ku-ampuni.Wahai anak Adam andai engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi, kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak menyukutukan-Ku sedikit pun,pasti Aku mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula." (h.r. Tirmidzi dan ia berkata hadtih ini hasan shahih).

Thursday, March 24, 2011

Hipotesis ketenangan

Lebih tinggi KEBERGANTUNGAN kita pada Allah, lebih TENANG hidup kita

Insyaallah...

Tuesday, March 22, 2011

Forgiveness



Saya pernah menjadi seorang yang sangat jahat.Kawan yang jahat.Yang bermuka-muka di hadapan orang lain.Dahulu,saya suka menjaga tepi kain orang lain.Suka mengheboh-hebohkan keburukan orang lain seperti seolah-olah saya ni terlalu baik.Yes,I used to be like that.Bila reflect diri saya yang dahulu,ye,saya rasa diri saya sangat hina.Teruk sangat.Saya rasa malu dengan diri saya.Terlalu banyak dosa telah saya lakukan pada kawan-kawan saya dahulu.Sampai tahap saya rasa saya manusia yang paling teruk di dunia ini.

Namun,Alhamdulillah...sejak saya cuba untuk mendekati Allah,saya sedar kekurangan diri saya.Saya ingin berubah.Saya ingin memohon maaf pada semua kawan-kawan saya.Ya Allah,Engkau bukakanlah pintu hati kawan-kawanku agar mereka dapat memaafkan segala dosa yang telah saya lakukan pada mereka dahulu.Pada kawan-kawan saya,saya mohon semoga kamu dapat memaafkan diri saya.Ya,saya manusia biasa.Yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan dosa.Maafkan saya...

Yes,I used to be a bad girl.

Sunday, March 20, 2011

Indahnya ukhwah

Abu Hamzah, Anas bin Malik ra. menerangkan bahwa Rasulullah saw. bersabda,

"Tidak sempurna iman sesorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (h.r. Bukhari dan Muslim)

Pernahkah ada ketika anda sanggup memberi apa-apa saja yang sahabat anda mahukan (yg tidak bertentangan ajaran islam) tanpa rasa ragu-ragu? Pernahkah ada ketika anda membuang rasa ketidakpuasan hati anda pada sahabat anda terutamanya di saat anda benar-benar terasa dengan sikap mahupun kata-katanya?Pernahkah anda menangis tika sahabat anda menangis?Pernahkah anda?

Jika saya yang dahulu,saya pasti akan menjawab,"Tidak!saya tidak sepertimana di atas.Saya tidak akan memberi apa yg sahabat saya mahukan kecuali saya tidak memerlukan barang tersebut lagi.Saya selalu menyimpan rasa ketidakpuasan hati saya pada kawan-kawan saya dengan penuh perasaan benci.Saya akan gembira tika mana kawan yang saya tidak berpuasa hati itu menangis."

Ya!Itu saya yang dahulu.seorang yang mementingkan dirinya sendiri.Yang merasakan sahabat itu tidak penting dalam kehidupannya.

Namun,itu saya yang dahulu.Alhamdulillah,setelah saya mengenali sahabat-sahabat saya yang sekarang,hati saya mula merasa malu dengan diri saya yang dahulu.Saya mahu berubah dan akan terus berubah dalam mengejar cinta Allah.Seorang kakak pernah berkata pada saya,"Tika mana barang kepunyaan kita diberikan pada orang lain,ketika itulah ia menjadi milik kita."Maksudnya,apabila kita memberi barang kita pada orang lain untuk digunakan ke jalan Allah,ketika itulah ia menjadi milik kita.



Saya ada seorang sahabat yang sangat sweet.Rumah kami agak jauh.Rumah dia di atas bukit.Namun,kerana perasaan sayang seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain,dia sanggup berjalan jauh untuk share masakannya.sweet sangat.Rasa sangat bersyukur mempunyai sahabat sebegitu.

Namun,untuk mempunyai sahabat sebegitu,kita kenalah menjadi seperti itu.Bila mana hati kita dipenuhi dengan perasaan cinta kepada Allah,Isyaallah,kita akan mencintai sahabat kita kerana Allah.Mari kita bercinta dengan Allah.:)

Ingatan daripada Allah ❤ ❤ ❤

Pernah tak anda tiba-tiba tersentuh dengan ayat-ayat dalam Al-Quran tika membacanya?kalau tak baca pun,semasa kita sedang membeleknya?Hari ni,Allah memberi ingatan buat diri ini.Sungguh,Allah benar-benar rindukan saya untuk mendekati-Nya.Sedang selak Al-Quran tadi,mata saya terbaca satu ayat yang benar-benar menyentuh hati saya.Ya Allah,sungguh,hamba-Mu ini sangat lemah.lupa pada-Mu tika dunia melalaikan diri ini.Inilah ingatan Allah buat diri ini pada hari ini...

"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilang semua yang (biasa) kamu seru, kecuali Dia.Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur)."(Al-Isra':67)



Semasa saya dalam susah,Allah selalu ada buat diri ini.Tika susah,hanya Allah yang kita cari.Pernah tak kita terfikir,kenapa Allah turunkan musibah pada diri kita.Mungkin,ketika itu,Allah benar-benar merindukan kita,supaya kita mencari-Nya,mendekati-Nya.Ya Allah,sungguh,hamba-Mu ini mengharap rasa rindu yang memanjang pada-Mu dalam hati ini.Tetapkanlah hati ini kepada-Mu.Sungguh,Ya Allah,hati ini milik-Mu.

Rindunya hati ini untuk mendekati-Mu,Ya Allah...

Saturday, March 19, 2011

Mari bersukan!

Alhamdulillah,pagi tadi bersukan bersama sahabat-sahabat yang lain.Main apa?Netball?tidak...volleyball?pun tidak...Kami main...FRISBEE!terharu sangat tengok semua semangat turun awal-awal pagi,bersukan demi menyihatkan badan.Lepas semua dah penat main,kami duduk,rehatkan diri.Bestnya,ada seorang sahabat cerita tentang 10 ciri individu muslim.Salah satu ciri tersebut adalah SIHAT TUBUH BADAN.Siapa kata bila kita bercerita tentang agama,kita hanya bercerita tentang aqidah semata-mata?

Hanya gambar hiasan :)

Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jikalau engkau terkena oleh sesuatu musibah maka janganlah engkau berkata: “Andaikata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu.” Tetapi berkatalah: “Ini adalah takdir Allah dan apa sahaja yang dikehendaki olehNya tentu Dia melaksanakannya,” sebab sesungguhnya ucapan “andaikata” itu membuka pintu godaan syaitan.” (Riwayat Muslim)

Semoga,dengan badan yang sihat,kita terdorong untuk berlumba-lumba mengerjakan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim.Namun,kalau Allah tarik nikmat kesihatan daripada kita,janganlah jadikan ia satu alasan untuk kita tidak mengerjakan tanggungjawab kita kepada Allah.Ayuh kita sama-sama membentuk diri kita menjadi muslim yang menakjubkan.

"Sungguh menakjubkan perkaranya orang yang beriman, karena segala urusannya adalah baik baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya pada orang mu'min: Yaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan yang terbaik untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, karena (ia mengetahui) bahwa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya." (HR. Muslim)

Sihat itu tuntutan,mati itu ketentuan.

Monday, March 14, 2011

Alhamdulillah,Thank You,Allah...

I asked for Strength...
and Allah gave me difficulties to make me strong.

I asked for Wisdom...
and Allah gave me problems to solve.

I asked for Courage...
and Allah gave me obstacles to overcome.

I asked for Love...
and Allah gave me troubled people to help.

I asked for Favors...
and Allah gave me opportunities.

"Maybe I received nothing I wanted...But I received everything I needed"

Can you feel His love?


Sunday, March 13, 2011

Allah is our center of attraction



Hari ni ada seorang sahabat cerita tentang 'Law of Attraction'.Menarik bila dapat tahu rupanya setiap benda hidup mengeluarkan wave.Menurut sahabat tersebut,'law of attraction' tu menceritakan kaitan antara wave tersebut dan apabila kemahuan kita tercapai.Menurut 'Law of Attraction', apabila seseorang inginkan sesuatu,dia akan mengeluarkan wave dan wave tersebut akan bergabung dengan wave perkara yang ingin kita perolehi,lalu mendorong kita mendapatkan perkara tersebut.Benar, ataupun tidak,hanya Allah yang lebih mengetahuinya.Wallahualam...

Namun,sepertimana 'Law of Attarction',people always get to see what they want to see.Bagaimana kita ingin melihat sesuatu perkara,begitulah kita akan lihat.Kalau baik,baiklah.kalau buruk,buruklah.

Jadi,saya berazam untuk mengubah diri saya,perspektif saya,pandangan saya.Saya ingin selalu berfikiran positif dan melihat semua perkara yang terjadi ada hikmahnya.Saya mahu sentiasa bersangka baik pada Allah.Semoga,apabila kita sentiasa bersangka baik pada Allah,kita akan terdorong untuk mendekati Allah.Selangkah kita mendekati Allah,berlari-lari Allah mendekati kita.Sweetkan Allah? :)

"Wahai manusia!Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu,maka kamu akan menemui_Nya." (Al-Insyiqaq:6)



Mari berusaha!

Friday, March 11, 2011

Rancangan yang TERINDAH buat kita

Kadang-kala kita berharap sesuatu yang baik berlaku pada kita.oleh itu,kita berusaha bersunguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita.Namun,jarang sekali apa yang kita harapkan tercapai.Apa yang kita tak sangkakan, itu yang kita perolehi.Kadang-kala kita give up dengan apa yang kita harapkan.Kita jadi tak yakin dengan takdir.Kita berhenti daripada berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita ingin perolehi.

Ya,semua itu berlaku pada diri saya.Saya selalu mengharap sesuatu yang indah,yang terbaik.Pada pandangan saya,saya dah cukup berusaha untuk mendapat balasan yang terbaik.Namun,apabila apa yang saya harapkan tidak saya perolehi,saya STRESS.saya GIVE UP.saya jadi tak yakin pada TAKDIR.

Namun,Alhamdulillah...sejak saya mengenali sahabat-sahabat yang mendekatkan diri saya pada Pencipta kita,mata hati saya yang selama ini saya butakan,mula terbuka.Saya nampak betapa indahnya takdir Allah buat diri saya.Bayangkan,jika saya dapat good result masa SPM dulu,saya rasa,saya takkan berada di sini.Ada kemungkinan saya akan sambung study di tempat lain.Mungkin di tempat yang orang ramai harapkan.seperti Eropah,UK,Jepun,France...ya!itu juga antara tempat yg saya bayangkan sebelum ini.

Namun,takdir Allah itu cukup indah.Dia bagi apa yang saya perlukan,bukan apa yang saya mahukan.Saya dapat sambung belajar ke luar negara juga.Di sini,saya perolehi apa yang diri saya perlukan...iaitu sahabat yang mengajar erti cinta pada Allah.Ya,itu yang saya perlukana.Saya mahukan pelbagai perkara yang indah di mata saya,tapi Allah berikan perkara yang TERINDAH dalam kehidupan saya.Alhamdulillah...Jika saya bukan ke sini,jika saya ke tempat lain,adakah saya akan memperoleh apa yang saya perlukan?Sungguh,rancangan Allah adalah yang terbaik buat diri kita semua.

Marilah kita bersangka baik pada Allah.Sungguh,Allah itu apa yang kita sangkakan.




Kadang-kala Allah hilangkan sekejap matahari,kemudian Allah datangkan pula guruh dan kila!Puas kita menangis mencari di mana matahari,rupa-rupanya ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI!

Indahkan rancangan Allah buat diri kita?

Thursday, February 3, 2011

30 pesanan Imam Syafie (Bahagian pertama)

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas." Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu". (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Best sangat apabila terbayang duduk bersama-sama sahabat-sahabat yang lain,sambil berbicara tentang Allah.Umpama berada di dalam taman-taman syurga.Indah,kan?

2) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar
erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7) Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9) Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ia ibarat pokok zaitun,minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Alhamdulillah,Allah memberi kurnia hidup buat diri ini.Setelah 22 tahun hidup di dunia ini,Allah masih tidak jemu dalam memberi peringatan tentang islam.nak dijadikan cerita,sejak kebelakangan ni,hati ini digerakkan untuk baca lebih banyak tentang orang2 yang telah banyak berjuang dalam menegakkan agama Allah,agama kita semua iaitu ISLAM.Alhamdulillah,banyak sangat pengajaran yang dapat dipelajari daripada semua buku tersebut.Antaranya ialah:

1)Rasulullah adalah contoh terbaik dalam segala hal.Dan bagaimana semua sahabat dan mereka yang benar2 cintakan islam mencontohi Rasulullah dan sahabat2 yg lain.Contohnya,Khalid,Salahuddin dan Muhammad Al-Fateh mencontohi adab2 perang dan teknik2 berperang yg Rasulullah pernah lakukan.Subhanallah,adakah kita semua seperti itu?Benarkah kita mencintai Rasulullah sepertimana para pejuang islam?Ya Allah,terasa terkesan sangat di hati ini apabila memikirkan lemahnya cinta diri ini kepada Rasulullah S.A.W. .

2) Hasad dengki adalah punca perpecahan umat islam.Malah,hasad dengki merupakan punca kita kehilangan para pejuang islam seperti Muhammad Al-Fateh, Imam Hanafi dan Umar Abdul Aziz yg diracun hingga meninggal dunia.Ya Allah,sungguh,diri ini lemah dalam ujian dunia.semoga hati ini kuat daripada lemas dengan hasutan syaitan.Ya Allah,hilangkan perasaan hasad dengki dalam diri ini.

Sebenarnya banyak sangat pengajaran diperolehi.Namun,masa tidak mengizinkan.Insyaallah,jika dipanjangkan umur,akan dibicarakan lagi mengenai para pejuang islam.Insyaallah...Assalamualaikum...

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini.