Friday, April 15, 2011

Dunia vs Akhirat

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini berikan padamu,anggaplah ia sebenarnya satu ujian buat dirimu.

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini katakan padamu,anggaplah ia sebagai pendorong untuk melakukan yang lebih baik lagi.

Wahai hati,kuatlah...walau apapun dunia ini sakitimu,sabarlah...kerana untuk mendapatkan akhirat itu,sukar.Ia memerlukan pengorbanan.

Sabarlah hati,apa yang kamu perolehi hari ini,belum tentu ia menggambarkan apa yang kamu akan perolehi di akhirat kelak.

Sungguh,assignments,tests,exam,love,family and semua yg dunia berikan,ia semua daripada Allah.terimalah ia dengan penuh rasa kesyukuran.walaupun kamu mungkin menghadapi masalah hati dalam menghadapi kurniaan ini,bersyukurlah kerana diberi peluang untuk menghadapi semua ini.Ia menjadikan kamu semakin kuat dalam menghadapi ujian kehidupan yang sekelumit saja.

Wahai hati,tenanglah.Kerana apa yang kamu perolehi,itulah yang terbaik buat dirimu.Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat diri kamu.Bersabarlah,wahai hati.Kuatlah.Allahuakhbar!

No comments: