Thursday, February 3, 2011

30 pesanan Imam Syafie (Bahagian pertama)

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas." Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu". (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Best sangat apabila terbayang duduk bersama-sama sahabat-sahabat yang lain,sambil berbicara tentang Allah.Umpama berada di dalam taman-taman syurga.Indah,kan?

2) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar
erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7) Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9) Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ia ibarat pokok zaitun,minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Alhamdulillah,Allah memberi kurnia hidup buat diri ini.Setelah 22 tahun hidup di dunia ini,Allah masih tidak jemu dalam memberi peringatan tentang islam.nak dijadikan cerita,sejak kebelakangan ni,hati ini digerakkan untuk baca lebih banyak tentang orang2 yang telah banyak berjuang dalam menegakkan agama Allah,agama kita semua iaitu ISLAM.Alhamdulillah,banyak sangat pengajaran yang dapat dipelajari daripada semua buku tersebut.Antaranya ialah:

1)Rasulullah adalah contoh terbaik dalam segala hal.Dan bagaimana semua sahabat dan mereka yang benar2 cintakan islam mencontohi Rasulullah dan sahabat2 yg lain.Contohnya,Khalid,Salahuddin dan Muhammad Al-Fateh mencontohi adab2 perang dan teknik2 berperang yg Rasulullah pernah lakukan.Subhanallah,adakah kita semua seperti itu?Benarkah kita mencintai Rasulullah sepertimana para pejuang islam?Ya Allah,terasa terkesan sangat di hati ini apabila memikirkan lemahnya cinta diri ini kepada Rasulullah S.A.W. .

2) Hasad dengki adalah punca perpecahan umat islam.Malah,hasad dengki merupakan punca kita kehilangan para pejuang islam seperti Muhammad Al-Fateh, Imam Hanafi dan Umar Abdul Aziz yg diracun hingga meninggal dunia.Ya Allah,sungguh,diri ini lemah dalam ujian dunia.semoga hati ini kuat daripada lemas dengan hasutan syaitan.Ya Allah,hilangkan perasaan hasad dengki dalam diri ini.

Sebenarnya banyak sangat pengajaran diperolehi.Namun,masa tidak mengizinkan.Insyaallah,jika dipanjangkan umur,akan dibicarakan lagi mengenai para pejuang islam.Insyaallah...Assalamualaikum...

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan semoga esok lebih baik dari hari ini.