Thursday, February 3, 2011

30 pesanan Imam Syafie (Bahagian pertama)

1) Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

"Apabila kamu melalui taman-taman syurga, minumlah sehingga puas." Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab : "Majlis-majlis ilmu". (Hadith Riwayat At-Tabrani)

Best sangat apabila terbayang duduk bersama-sama sahabat-sahabat yang lain,sambil berbicara tentang Allah.Umpama berada di dalam taman-taman syurga.Indah,kan?

2) Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

3) Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.


4) Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar
erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah.Oleh itu,bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5) Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit,kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6)Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun.Oleh itu,hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7) Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.


8) Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka.Ia dapat menambah keberkatan pada umur,menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9) Banyakkan amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10) Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar.Ia ibarat pokok zaitun,minyaknya membawa berkat,ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

No comments: